PENGAJARAN
1) KEBEBASAN DIRI
-Tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
- Diberitahu sebab-sebab dia ditangkap dan dibenarkan untuk
membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri.
- Dihadap ke mahkamah dalam masa 24 jam.
2) KEBEBASAN BERAGAMA
- Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi
undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang
menganut agama Islam
3) HAK UNTUK
BERHARTA
- Tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut
undang-undang
4) KESAMARATAN
DALAM PENDIDIKAN
- Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana
warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk
mendapatkan pendidikan
5) KESAMARATAAN
DI SISI UNDANG-UNDANG
- Tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara
153



Comments
Post a Comment